Wednesday, 5 November 2008

Cerita Ringan

Tahukah Anda ??

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
JANGAN KETAWA 1 :

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang
sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya
ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang
yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku kamal.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN KETAWA 2 :

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis
dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis keduacuba untuk menimbang,
dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan
ramai- ramai!"


JANGAN KETAWA 3 :

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli
telur.
Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya
pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"




JANGAN KETAWA 4 :

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana
dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan
cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


JANGAN KETAWA 5 :

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor
itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada
di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh
berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab
" saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org
gila
itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia
menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh
menurunkan cermin tingkap..." lalu org gila itu dimasukkan kembali ke
hospital"


Tunggu anak

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital
sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah,
kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star
Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M
Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation!
isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season
Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan
gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

J! awab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven


PELAWAK
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang
pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat
menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat
menjawab... kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari
Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.
. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. .
"Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Samb! il menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan
jawapannya.. da n ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!".
kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan
kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah
punggung si pelawak tadi..
hakim berkata...
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan..